Berita

Malam Cintakan Rasulullah Semai Sikap Contohi Baginda

PUTRAJAYA – Dewan Komuniti Presint 11 bersemarak dengan alunan qasidah dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam majlis ‘Malam Cinta Rasulullah’ bersama pemimpin tempatan dan para penduduk di sekitar kawasan terbabit.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor yang bersama-sama mengalunkan qasidah dan selawat dengan khalayak.

Majlis yang berlangsung pada 15 Februari ini diadakan bagi menyemarakkan rasa cinta dan keinsafan kepada Rasulullah, dan usaha ini akan berterusan meninggikan lagi syiar Islam dan menambahkan rasa kasih umat Islam kepada Nabi Muhammad SAW .