Aktiviti & Komuniti

Majlis Kenduri Rakyat Perkukuh Hubungan Dalam Masyarakat

PUTRAJAYA – Hubungan akrab dan ikatan yang erat dalam setiap anggota masyarakat tanpa melihat kepada latar belakang dan kedudukan menjadi kunci kesejahteraan dan perpaduan yang mana ia diserapkan dalam Majlis Kenduri Rakyat 1Wilayah bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2013.

Majlis yang berlangsung di Kelab Tasik, Presint 8 ini pada 17 Februari 2013 telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam majlis tersebut para penduduk dan pemimpin tempatan dapat meluangkan masa secara santai tanpa sebarang sekatan.
Turut serta, isteri beliau, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki.