Rela Putrajaya Tekad Sedia Sukarelawan Berbakti
PUTRAJAYA – Pejabat Rela Daerah Putrajaya bersama Parlimen kawasan terbabit telah menganjurkan Majlis Penyerahan Uniform/T-Shirt Rela kepada anggota baru yang telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagiannya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.
Majlis yang berlangsung pada 17 Februari (Ahad) adalah antara usaha Rela bagi mencapai memelihara dan mengekalkan kesejahteraan rakyat serta keamanan dan keselamatan setempat dengan berkesan.