Putrajaya Siapsiaga, Perkemas Ejen Mengundi & Mengira Undi
PUTRAJAYA – Kesiapsiagaan jentera parti diperkemas menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang dengan penerangan diberikan kepada agen mengundi dan agen mengira undi di Parlimen Putrajaya membabitkan seramai 100 orang.
Majlis penerangan tersebut telah diadakan di Auditorium Presint 16 pada 20 Feb berlangsung lancar dan semua jentera yang hadir bertekad untuk melaksanakan tanggungjawab dengan telus dan amanah.