Berita

Karnival Jualan Produk PDK Peringkat Kebangsaan 2013 di Putrajaya

PUTRAJAYA – Majlis Perasmian Pertandingan Karnival Jualan Produk Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Peringkat Kebangsaan 2013 telah disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Paduka Rosmah Mansor yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 8 Mac 2013.

Menurut beliau, karnival berkenaan dianjurkan dengan usaha sama Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) dilaksanakan bagi menggalakkan pusat-pusat PDK di seluruh negara mengeluarkan hasil produk yang bermutu.

“Melalui carnival ini orang ramai berpeluang untuk melihat sendiri hasil tangan golongan OKU dan sekaligus menilai sendiri produk-produk tersebut sama ada perlu diberikan nilai tambah atau boleh terus dipasarkan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Karnival ini menjadi platform kepada masyarakat di luar sana bahawa walaupun mereka ini OKU namun mereka tetap berpotensi sekiranya diberikan peluang dan bimbingan yang berterusan,” katanya dalam ucapan perasmian.

Turut serta dalam majlis tersebut ialah Tan Sri Aseh Che Mat adalah presiden Perbadanan Putrajaya dan isteri Ahli Parlimen tempatan, Datin Seri Utama Anggeriani Sentiyaki.

Melalui karnival terbabit, pelbagai hasil tangan yang dipamerkan serta dijual termasuklah produk-produk kraftangan, pertanian serta makanan.