Aktiviti & Komuniti

Program Kemasyarakatan Pererat Hubungan Dan Persefahaman

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan menyeru masyarakat agar mengaplikasikan program kemasyarakatan sebagai alternatif terbaik bagi mengeratkan tali silaturrahim dan permuafakatan dikalangan penduduk setempat.

Katanya, setiap program yang diadakan dalam masyarakat perlu penglibatan sepenuhnya para penduduk bukan sahaja bagi menyokong dan memeriahkan aktiviti yang dijalankan tetapi juga mewujudkan persefahaman dan keakraban dalam hubungan.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Sukan Komuniti Fasa 4C Presint 8 yang diadakan pada 10 Mac 2013 (Ahad).

Turut diadakan dalam program terbabit ialah acara futsal, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dan gubangan bunga untuk golongan dewasa.