Berita

Aplikasi Masa Yang Ada Untuk Penambahbaikan Gerak Kerja PRU

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa masyarakat khususnya jentera parti agar menggunakan masa yang ada sebelum berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 sebagai ruang untuk menambahbaik gerak kerja yang ada.

Katanya, semua pihak maklum bahawa PRU akan berlangsung dalam masa terdekat dan ruang yang ada ini adalah masa terbaik untuk membuat penilaian dan melakukan pemantapan bagi berdepan perang besar nanti.

“Jentera parti perlu pastikan sokongan masyarakat terhadap BN terus kukuh dan tekad bagi mengekalkan kerajaan yang ada hari ini akan tersemat hinggalah tamatnya masa pengundian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi bertemu dan berdailog dengan jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Warisan yang diadakan di bilik gerakan Presint 16.