Aktiviti & Komuniti

Jadikan Anugerah Kecemerlangan Untuk Lakaran Gemilang Masa Hadapan

PUTRAJAYA – Para pelajar perlu mengaplikasikan segala kemudahan yang ada bagi mencapai kemajuan dan kecemerlangan dalam pelajaran seterusnya merintis laluan untuk masa hadapan, kata Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Anugerah Cemerlang SMK Presint 16(1) Putrajaya yang berlangsung pada 23 Mac 2013 (Sabtu).

Beliau berharap agar dengan adanya anugerah sedemikian diwujudkan maka ia akan menjadi pendorong dan peransang kepada para pelajar untuk terus melakar kecemerlangan.