Aktiviti & Komuniti

Kursus Pengurusan Jenazah Penuhi Tuntutan Fardu Kifayah

IMG_0298

PUTRAJAYA – Apabila ada orang Islam meninggal dunia, kita hendaklah segera menziarahi keluarganya untuk memberikan simpati atas musibah yang menimpanya serta diwajibkan juga untuk menguruskan jenazahnya seperti memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengebumikannya.

Lantaran itu, Umno Bahagian Putrajaya telah menganjurkan kursus pengurusan jenazah, bertempat di Rumah Komuniti Cawangan Bunga Matahari, pada hari Sabtu, 23 Mac 2013 bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Mengurus jenazah merupakan sebahagian daripada etika Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW kepada umatnya selain hukumnya fardu kifayah dan juga sebagai tanda penghormatan terhadap jenazah.