Hargai Penduduk di Cawangan Bunga Kaktus dan Kekwa
PUTRAJAYA – Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah menjayakan Program Penyampaian Hadiah Hari Lahir Cawangan Bunga Kaktus dan Kekwa yang diadakan di Dewan Komuniti Blok 4 F Presint 9.
Majlis yang berlangsung pada hari Sabtu, 23 Mac 2013 ini dibuat sebagai tanda ingatan dan penghargaan atas penglibatan serta sokongan anggota masyarakat terhadap UMNO dan Barisan Nasional.