Berita

Kelas PKK Bawa Transformasi Keluarga Dalam Masyarakat

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor menyedari pentingnya aktiviti pendidikan non-formal yang bertujuan untuk meningkatkan mutu hidup keluarga ke arah mewujudkan masyarakat yang berkuti sebagaimana Perasmian Kelas Pendidikan, Kesejahteraan Keluarga (PKK).

Majlis tersebut telah disempurnakan di Dewan Komuniti, Blok 1C , Presint 9 pada 26 Februari 2013 (Selasa) dengan dihadiri oleh penduduk tempatan.

Melalui PKK ini, ia akan memberi pendedahan tentang peranan dalam mengukuhkan institusi keluarga, masyarakat seterusnya membangunkan negara dalam bidang sosial, ekonomi dan politik berteraskan kehendak agama serta memberi pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan sumber keluarga untuk menambahkan pendapatan keluarga di samping mengenalpasti dan mengguna kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk kesejahteraan keluarga.