Aktiviti & Komuniti

Cawangan Bunga Jasmine Hargai Masyarakat

IMG_0555

 

 

 

 

 

 

 

PUTRAJAYA – UMNO Cawangan Bunga Jasmine telah mengadakan majlis penyampaian hadiah hari lahir kepada ahli-ahlinya sebagai tanda ingatan dan penghargaan atas penglibatan dan sokongan mereka bersama parti.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan,Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor di Dewan Komuniti, Blok 1C, Presint 9 pada 26 Feb 2013.