Berita

Pertahankan Putrajaya Sebagai Benteng Utama BN

PUTRAJAYA – Gendang sudah dipalu, nafiri sudah dibunyikan dan persedian telah dilakukan bagi memastikan kemenangan Putrajaya tetap berada di tangan Barisan Nasional (BN) sebagaimana Bilik Gerakan Cawangan Bunga Kantan dirasmikan bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai jentera parti.

Ketua UMNO Bahagiannya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah yang menyempurnakan majlis pelancarannya berpesan agar anggota jentera menggunakan sepenuhnya ruang yang ada bagi mempertahankan Putrajaya sebagai benteng utama BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

Majlis tersebut berlangsung di Apartmen Fasa 6E, Presint 9 dengan dihadiri oleh anggota jentera parti serta para penyokong BN.