Rencana

Bersama Masyarakat Tempatan Raikan Walimatul Urus

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor sentiasa memastikan rakyat mendapat perhatian dalam semua agenda sebagaimana beliau dan isteri, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki meluangkan masa bagi meraikan majlis perkahwinan anak En Miswan yang berlangsung di Fasa 3, Presint 9.

Ujar beliau, kesempatan bersama rakyat memberi ruang dan peluang yang sangat besar khususnya dalam merapatkan jurang dan mengeratkan hubungan antara rakyat dan pemimpin.