Aktiviti & Komuniti

Cawangan Siantan dan Ros Raikan Hari Lahir

IMG_1561
PUTRAJAYA – Masyarakat harmoni lahir dari permuafakatan sesama individu dengan rasa penghargaan yang tinggi serta tanda ingatan dalam saat-saat istimewa sebagaimana UMNO Cawangan Siantan dan Ros mengadakan sambutan hari lahir anggotanya.

Majlis tersebut telah dimeriahkan dengan penglibatan langsung Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor dan isteri, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki pada majlis yang berlangsung di Presint 10 pada 7 April 2013 (Ahad).

Semoga dengan adanya majlis sedemikian maka ikatan silaturrahim dan persaudaraan dalam masyarakat semakin akrab.