Aktiviti & Komuniti

Program TNB Bersama Komuniti Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya

IMG_1366
PUTRAJAYA – Pemimpin tempatan diminta agar tidak terikut-ikut dengan rentak pembangkang yang gemar menggunakan pelbagai isu bagi mempopularkan diri sebaliknya rakyat dan pemimpin perlu sentiasa berganding bahu dalam memastikan kesejahteraan terus berkekalan, kata Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program TNB Bersama Komuniti Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya yang berlansung di perkarangan Blok C Fasa 4A Presint 11 Putrajaya pada 6 April 2013 (Sabtu).

Selain mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, TNB turut menyampaikan sumbangan alat siar raya dan penyaman udara kepada surau dan tadika di kawasan pangsapuri terbabit.