Berita

Nilai Aku Janji BN Dengan Manifesto Bukan Janji Pembangkang

PUTRAJAYA – Rakyat perlu menilai dan menyelami keadaan persekitaran yang mana pembangunan dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan dalam perancangan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mentadbir lebih 55 tahun, kata Ketua UMNO Bahagian terbabit, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya,untuk berdepan dengan pilihan raya umum ke-13 ini juga, rakyat perlu melihat kepada manifesto pembangkang dan aku janji yang telah dibentangkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Manifesto adalah aku janji yang akan dilaksanakan oleh BN apabila rakyat memberi mandat. Inilah yg akan kerajaan laksanakan malah Datuk Seri Najib
ingatkan kita semula kepada konsep 1Malaysia agar kita tidak alpa kerana negara kita adalah berteraskan masyarakat berbilang kaum dan berbilang bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian program Mesra Rakyat dan Penyampaian Hadiah Hari Lahir kpd anggota UMNO Cawangan Bunga Kemuning, di Presint 18 pada 10 April 2013 (Rabu).