Alasan Nak Tawan Putrajaya Untuk Negara Islam Sedangkan BN Dah Lama Laksanakan
PUTRAJAYA – Rakyat sewajarnya menghargai dan berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah menyediakan pelbagai kemudahan dan sentiasa prihatin dengan permasalahan rakyat, kata Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Ujarnya, Putrajaya menjadi sebagaimana hari ini adalah hasil daripada usaha kebertanggungjawaban BN dalam memastikan Malaysia menjadi sebuah negara maju dan rakyatnya berada dalam keadaan sejahtera.
“Kemudiannya, ada pula hari ini orang luar yang datang untuk menentang BN atas alasan jika menang dalam pilihan raya akan menubuhkan negara Islam di sini.
“Sedangkan ketika BN mula-mula mahu membuka Putrajaya kumpulan inilah yang beria-ia mengatakan pembaziran dan akan melelong Putrajaya sekiranya berkuasa.”
Tegasnya, BN mengutamakan rakyat dan memelihara agama Islam dengan mewujudkan sekolah-sekolah agama, masjid, dan surau-surau.
“Ketika mula-mula kerajaan membina Putrajaya ia adalah dengan konsep negara Islam malah ketika kawasan ini dibuka mula-mula dibina ialah Masjid Putra, katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika mengadakan perjumpaan dengan pengundi yang berada di luar Putrajaya di Kelab Tasik di sini, Sabtu (13 April 2013).