BeritaUcapan

Tetapkan Tekad Anda Bersama Barisan Nasional

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam 1Malaysia

Kempen bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 telah bermula. Apakah yang paling penting dalam kehidupan selain daripada kesejahteraan dan keamanan dengan kebajikan mendapat perhatian. Inilah agenda kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang menerapkan Gagasan 1Malaysia, Rakyat
Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Satu penggal berlalu selepas Pilihan Raya Umum 2008. Diimbas, dihitung, dinilai dan dihayati apa yang berlaku sepanjang pentadbiran lima tahun ini maka rasailah hasilnya. Transformasi yang dibawa oleh Barisan Nasional turut meresap di Putrajaya selaku Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua para pengundi di Putrajaya untuk terus memberikan kepercayaan kepada saya, menjadi wakil kepada anda semua bagi pihak Barisan Nasional dan meneruskan kesinambungan perjuangan untuk kemajuan dan kelestarian Putrajaya.

Berikanlah sokongan anda kepada saya, untuk Barisan Nasional demi sebuah negara Malaysia – We Love Putrajaya, Undilah Barisan Nasional

Calon Anda
TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR