Berita

Teruskan Sokongan Bersama Barisan Nasional

PUTRAJAYA – Ketua UMNO bahagian tempatan yang juga calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor berharap anggota masyarakat khususnya para pengundi agar terus memberikan sepenuh sokongan kepada BN bagi meneruskan kesinambungan kemajuan dan kesejahteraan Putrajaya yang menjadi pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan.

“Kita utamakan semangat bersatu dengan keteguhan parti dan percaya rakyat cukup bijak bagi menentukan siapa yang layak untuk mewakili rakyat dan memainkan peranan bagi masyarakat di sini,” katanya dalam majlis Sentuhan Kasih di Taman Desa Pinggiran.

Ujarnya, rakyat perlu memberikan sokongan yang padu dan mantap agar proses transformasi dapat dilaksanakan dengan lancar untuk kemajuan masyarakat.

“Dengan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini dalam penilaian antara pakatan pembangkang dan BN, maka tentunya rakyat akan dapat membuat keputusan yang bijak dan mempunyai pilihan yang tepat apatah lagi ‘track record’ BN selama lebih 55 tahun mentadbir Malaysia amat cemerlang,” tambahnya lagi.

Katanya, BN adalah tulang belakang dalam pentadbiran Malaysia mempunyai kemampuan bagi membina dan membangunkan rangkaian ekonomi khususnya melibatkan para pengusaha antara dua negara