Berita

Berikan Sokongan Kepada BN Untuk Teruskan Kemajuan

DSCN1314
PUTRAJAYA – Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor selaku calon Barisan Nasional (BN) Parlimen P.125 Putrajaya menyeru masyarakat untuk terus memberikan sokongan kepada BN bagi memastikan kemajuan berterusan dan kelestarian Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini dapat terus dipelihara.

“Kerajaan yang ditunjangi BN membuka Putrajaya atas sebab untuk memastikan wujudkan sebuah kawasan pentadbiran berpusat selain dari Kuala Lumpur yang sememangnya semakin padat di samping penduduk Kota Raya yang semakin bertambah.

“Dengan kemajuan dan kesejahteraan yang dikecapi saban hari maka sewajarnya pembangunan teruns berlangsung sebagaimana perancangan yang dibuat oleh BN selaku kerajaan yang bertanggungjawab,” katanya.

Ujar beliau, tanpa sokongan dan dokongan daripada rakyat, sudah tentu matlamat untuk mencapai negara maju sebagaimana Wawasan 2020 tidak akan dapat dicapai.