Calon BN Sedia Beri Bantuan Kepada Warga Yang Memerlukan
PUTRAJAYA – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan bahawa Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan termasuklah pesakit yang berdepan dengan keadaan kritikal dan amat memerlukan.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Hospital Putrajaya dan bertemi dengan orang orang serta pesakit termasuklah Nur Hidayah Abdul Razak, 27, yang menghidap Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) sejak tahun 2004 lagi dan semakin teruk sejak kebelakangan ini.
Beliau yang berasal dari Ketereh, Kelantan amat berharap agar kerajaan dapat menghulurkan berupa kerusi roda bagi membolehkannya bergerak selain bantuan kewangan untuk digunakan bagi menampung perbelanjaan harian.
Nur Hidayah yang merupakan anak ketiga telah punca kehilangan pendapatan akibat penyakit tersebut dan dalam masa yang sama kakaknya juga turut menghidap penyakit yang sama.
“Kita akan memberikan bantuan untuk keperluannya dan berdoa agar Nur Hidayah agar segera sembuh,” jelasnya.
You must be logged in to post a comment.