Berita

Takziah Kepada Keluarga Timbalan Pengarah Kastam

DSC_1930SLIDER
PUTRAJAYA – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melahirkan rasa dukacita dan turut bersedih atas kematian Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, Timbalan Ketua Pengarah Kastam 2 (Perkastaman/Cukai Dalam negeri).

Allahyarham telah disahkan meninggal dunia selepas beliau ditembak di Presint 8, Putrajaya sekitar jam 8.30 pagi ini berhampiran lampu isyarat ibu pejabat polis Putrajaya.

Tengku Adnan yang juga calon Barisan Nasional (BN), secara kebetulan berada di Hospital Putrajaya dan bersama-sama orang ramai yang turut bersedih atas insiden terbabit. Sehubungan itu, beliau menyeru pihak berkuasa agar melakukan siasatan segera agar pihak yang bertanggungjawab akan mendapat balasan yang setimpal.

Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga roh beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.