Berita

Tindakan Terdesak Pembangkang Wujudkan Provokasi

IMG-20130504-WA017
PUTRAJAYA, 4 Mei – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), membidas tindakan tidak bertanggungjawab pihak pembangkang yang sanggp melakukan provokasi kepada masyarakat tempatan menjelangnya tarikh pengundian yang dianggap ala-ala ‘Arab Spring’.

Katanya, tindakan provokasi tidak sewajarnya berlaku kerana kerajaan sentiasa memberi ruang kepada rakyat untuk memilih siapa sebagai pemimpin mereka.

“Kita tidak seperti negara luar dimana pemilihan tidak pernah berlaku dan ada penindasan. Semua ini tidak berlaku. Setiap lima tahun kita akan pulangkan balik kepada rakyat siapa yang mereka hendak dijadikan pemimpin dalam negara kita,” katanya.

Jelasnya, beliau percaya bahawa tindakan provokasi dibuat ekoran terdesak dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka.

“Saya percaya mereka lakukan ini kerana mereka terdesak dan mereka yakin bahawa mereka akan kalah dan kita tahu bahawa mereka macam mana sekalipun tidak akan mengaku kalah kerana mereka menanamkan semangat demonstrasi kepada pengikut-pengikutnya.

“Mereka suka kepada tunjuk rasa sehingggakan mereka sudah jadi democrazy. Ini masalah yang mereka hadapi. Mereka akan membuat apa sahaja untuk memastikan bahawa ketenteraman tidak akan ada dalam negara ini walaupun BN akan mencapai kejayaan yang cemerlang pada hari esok,” tegasnya.

Sehubungan itu beliau menasihatkan pengundi-pengundi khususnya BN agar melaksakan tanggungjawab sebagai pengundi seawal mungkin esok.

“Saya berdoa kepada Allah SWT agar kawan-kawan sebelah sana yang tidak boleh menerima kekalahan, yang tidak boleh terima apa yang telah mereka kecapi selama ini supaya mereka kembali ke pangkal jalan.

“Kita percaya kepada anggota keselamatan dan pihak polis bahawa keselamatan rakyat terjamin,” katanya yang juga calon BN di P.125 Putrajaya.

Dalam masa yang sama ,beliau turut mengucapkan salam takziah kepada pencabarnya di sini, Datuk Husam Musa berikutan kematian ibunya tengahari ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis Ramah Mesra bersama Kimma di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Metropilitan, hari ini. – MediaUMNO