BN Terus Teraju Putrajaya, Terima Kasih Semua
PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) mengekalkan mandat menerajui kerusi Parlimen Putrajaya dengan calonnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menewaskan Datuk Husam Musa (PAS) dalam pertandingan satu lawan satu dengan majoriti 5,541 undi. Beliau melahirkan rasa syukur atas kemenangan BN dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat khususnya pengundi Putrajaya yang terus memberi kepercayaan kepada beliau dan BN.