Berita

Terima Kasih Putrajaya, BN Akan Tunai Aku Janji

PUTRAJAYA – Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada warga Putrajaya yang terus memberikan kepercayaan kepada beliau selaku Ahli Parlimen yang mewakili Barisan Nasional (BN) dalam PRU ke-13 yang berlangsung 5 Mei lalu.

Ujarnya, dengan kepercayaan dan mandate yang diberikan oleh rakyat, BN akan meneruskan kesinambungan pentadbiran selaras dengan suara hati masyarakat tempatan yang cintakan keharmonian dan kesejahteraan.

“Kepercayaan dan keyakinan warga Putrajaya adalah aspirasi besar kepada BN dalam mengekalkan teraju kepimpinan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Kesyukuran Kemenangan BN yang dianjurkan oleh Cawangan Bunga Melur bertempat di Blok C Fasa 4C Presint 8 Putrajaya pada 8 Mei 2013.

Turut hadir ialah isteri beliau, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki.