Berita

Bersyukur Atas Kejayaan, Hargai Keamanan

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melahirkan kesyukuran dan amat menghargai sokongan yang diberikan oleh masyarakat khususnya warga Parlimen Putrajaya.

Katanya, sokongan daripada masayarakat di akar umbi adalah penentu kepada kekuatan utama dalam memastikan kesinambungan pembangunan dan kemajuan berterusan.

“Saya mohon kerjasama semua pihak untuk bersama-sama menyalurkan maklumat dan info-info berkaitan permasalahan dan kesulitan penduduk agar kita dapat menambahbaik keselesaan semua,” katanya yang juga Ahli Parlimen kawasan terbabit.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis kesyukuran, tahlil dan doa selamat bersempena kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-13 dan juga sambutan Hari Guru.

Majlis tersebut diadakan di Surau Al-Iman dan surau An- Najjah, Presint 9 pada 22 Mei 2013.