Hargai Keamanan, Isi Masa Untuk Bekerja Bukan Dengan Demonstrasi
PUTRAJAYA – Masyarakat perlu menghargai setiap masa yang ada dengan memanfaatkannya untuk kerja-kerja dan aktiviti berfaedah berbanding dengan melakukan himpunan sebagaimana yang dicadangkan oleh pakatan pembangkang, kata Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Katanya, musim pilihan raya telah pun berlalu dengan siapa yang kalah dan siapa yang menang telah pun diketahui maka masa yang ada sekarang ini adalah untuk bekerja dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.
“Kita ada undang-undang, bukannya tiada. Jadi, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati perlu akur akan undang-undang itu dengan membuat keputusan yang bijak,” katanya yang juga Menteri Wilayah Persekutuan.
Beliau turut menghargai para petugas yang telah bertungkus-lumus dalam PRU-13 lalu bagi memastikan kemenangan BN.