Ucapan

Syukur, Ribut Berlalu Putrajaya Terpelihara!

Assalamualaikum WBT
Salam 1Malaysia

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita sentiasa dilindungi-Nya. Sememangnya bencana ribut yang melanda Putrajaya amat mendukacitakan namun dalam bencana ini kita masih terus memanjatkan kesyukuran. Syukur, kerana tidak ada kemalangan jiwa yang terlibat dan syukur kerana Putrajaya terus dipelihara.

Bencana ribut yang melanda Putrajaya telah menyebabkan kerosakan kerana bumbung tangki air di apartment Presint 15 dan di apartment Presint 14 diterbangkan angin selain beberapa kenderaan turut mengalami kerosakan ekoran daripada ribut tersebut. Selain itu ada juga pokok tumbang di sekitar Presint 9 dan 10 dan syukur juga ia tidak menimpa mana-mana individu atau menjejaskan tempat kediaman warga Putrajaya. Pihak bomba dan penyelamat juga cekap dalam melaksanakan kerja-kerja agar tidak menyulitkan masyarakat tempatan.

Insya-Allah, segala kerosakan yang berlaku akan diperbaiki dengan kadar yang segera agar tidak berlaku perkara yang memudaratkan.

Syukur juga, dalam beberapa hari Negara kita dilanda jerebu termasuklah Putrajaya, Alhamdulillah ia hanya bersifat sementara dan kesihatan rakyat sentiasa diutamakan. Semoga kediaman kita dan negara yang tercinta ini terus dipelihara Allah SWT dan kita semua terus diperkuatkan iman. Allahu Akhbar!

DATUK SERI TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR
Menteri Wilayah Persekutuan/Ahli Parlimen Putrajaya