Berita

Nur Ramadan Perteguh Keimanan, Perkukuh Perpaduan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru masyarakat agar menghayati bulan Ramadan dengan memanfaatkannya melalui pengisian-pengisian positif ke arah memperteguh keimanan dan memperkukuh perpaduan dalam masyarakat.

Katanya, sebagai umat Islam, tentunya Ramadan ini akan diisi dengan melaksanakan ibadah puasa serta amalan-amalan mulia termasuklah menyucikan diri daripada segala sifat buruk dan negatif.

“Alhamdulillah, kita dapat mengerjakan ibadah puasa dalam ruang dan keadaan yang aman, segala kelengkapan mencukui dan kita dijauhi dari sebarang huru-hara dan malapetaka.”

Beliau berkata demikian dalam Program Nur Ramadan dan Berbuka Puasa yang diadakan di padang dan Surau An-Najjah, Presint 9, Putrajaya.