Ucapan

Syukuri Keharmonian, Insafi Nikmat Ramadan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Syukur kehadrat Allah SWT kerana atas limpah dan kurnia-Nya kita dapat bersama-sama mengerjakan ibadah puasa dengan Ramadan yang semakin hampir ke penghujungnya. Sesungguhnya Ramadan ini memberikan kita hidayah, nikmat dan keinsafan untuk sama-sama dikongsi.

Justeru, dikesempatan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada semua pihak yang telah bekerjasama dalam merialisasikan pelbagai program di sekitar Parlimen Putrajaya ini, AJK UMNO Bahagian dan penduduk setempat termasuklah kepada Presiden dan pegawai-pegawai Perbadanan Putrajaya.

Sesungguhnya, budi baik dan pertolongan semua pihak amat disanjung tinggi dan hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas segala kerja-kerja ikhlas yang telah dilaksanakan sepanjang Ramadan ini. Semoga perpaduan dan ikatan kerjasama yang terjalin ini akan diteruskan untuk kesinambungan kesejahteraan pada masa akan datang.

We Love Putrajaya

TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
Ahli Parlimen/ Ketua UMNO Bahagian Putrajaya