Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Bunga Anggerik
PUTRAJAYA – Sebagai anggota parti yang bertanggungjawab menunaikan amanah sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan UMNO, ahli-ahli UMNO Cawangan Bunga Anggerik telah mengadakan mesyuarat agung tahunannya pada 21 Ogos 2013 (Rabu) bertempat di Dewan Apartment Blok A Fasa 4A Presint 8. Permuafakatan dan perpaduan menjadi kunci dalam melaksanakan amanah parti dan memastikan kelangsungan UMNO terus kukuh dan utuh.