Tunaikan Tanggungjawab, Perteguh Muafakat Dalam Mesyuarat Cawangan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam 1Malaysia
Tanggungjawab ahli-ahli UMNO adalah jelas sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan parti iaitu menunaikan amanah untuk mengadakan mesyuarat cawangannya setiap tahun. Namun demikian, mesyuarat ini bukanlah sekadar untuk memenuhi tuntutan dalam Perlembagaan UMNO semata-mata kerana apa yang lebih penting adalah pengisiannya kepada pengukuhan dan idea bagi membawa kecemerlangan kepada satu-satunya parti yang berjuang demi agama, bangsa dan negara.
UMNO adalah parti yang berteraskan akar umbi dengan kekuatannya didukung oleh anggotanya yang sentiasa setia. Aspirasi parti perlu sentiasa menjadi azimat iaitu memahami perjuangannya sebagai sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa Melayu, agama Islam dan tanah air Malaysia tercinta ini.
We Love Putrajaya
DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR