Berita

Rumah Terbuka Perbadanan Putrajaya

PUTRAJAYA – Kemeriahan Aidilfitri terus dirai dengan sambutan rumah terbuka turut diadakan di Perbadanan Putrajaya pada Jumaat, 23 Ogos 2013 yang dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Majlis rumah terbuka tersebut berlangsung meriah dengan ikatan akrab silaturrahim yang dihadiri oleh kakitangan awam dan penduduk tempatan.