Sambutan Aidilfitri Ketua Penerangan UMNO
PUTRAJAYA – Kemeriahan suasana Aidilfitri yang diterjemah dalam Rumah Terbuka Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan turut disertai warga tempatan dan juga Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Majlis tersebut berlangsung pada 23 Ogos 2013 (Jumaat) di Puspanita, Presint 10, di sini.