Aktiviti & Komuniti

Sukaneka Tadika Perpaduan

PUTRAJAYA – Dengan bertempat di padang Presint 14, kanak-kanak dari Tadika Perpaduan Masyarakat telah berkumpul dan bersama-sama menjayakan sukaneka. Program yang berlangsung pada 24 Ogos 2013 ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Khairudin Samad yang berpesan kepada golongan ibu bapa untuk sentiasa mengutamakan anak-anak dalam kehidupan sehari-hari.