Berita

Manfaatkan Aidilfitri Untuk Perkukuh Perpaduan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru masyarakat tempatan agar mengaplikasan sambutan Hari Raya sebagai agenda bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara. Katanya, dalam kita meraikan Syawal, tentunya kita sentiasa mahu berada dilandasan yang betul agar apa sahaja yang kita laksanakan akan mendapat keberkatan dari-Nya.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan turut berharap agar perpaduan dan kesejahteraan dalam masyarakat dapat diperkukuh sebagai jaminan kepada keamanan negara. Beliau berkata demikian dalam majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Surau yang berlangsung di Blok E, Fasa 6, Presint 9 pada 1 September 2013 (Ahad).