Berita

Sematkan Keharmonian dan Perpaduan dari Peringkat Awal

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Tempatan menyeru masyarakat untuk menyemai perpaduan dan keharmonian dikalangan penduduk tempatan dengan bermula dari peringkat awal lagi iaitu melalui pendidikan awal kanak-kanak. Katanya, Tabika dan Taska di bawah selian Kemas bertanggungjawab dalam menyampaikan hasrat kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang seimbang dan bersatu padu pada masa hadapan.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya berkata demikian dalam majlis Jamuan Hari Raya bersama ahli Jawatankuasa Tabika/Taska Kemas Parlimen Putrajaya yang berlangsung di Kelab Tasik, Presint 8, Putrajaya pada 2 September 2013 (Isnin).