Aidilfitri Bersama Pemuda & Puteri Putrajaya
PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah bersama-sama golongan muda dan penduduk tempatan memeriahkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pergerakkan Pemuda & Puteri UMNO Bahagian Putrajaya yang diadakan di Padang Komuniti, Fasa 4B, Presint 8 pada 4 September 2013 (Rabu). Dengan berlangsungnya majlis tersebut diharapkan ikatan silaturrahim dan hubungan akrab dikalangan anggota UMNO dapat diperkukuh dengan keazaman untuk terus memperteguh UMNO.