Ulang Tahun Kelahiran Di IPD Putrajaya
PUTRAJAYA – Sambutan ulang tahun kelahiran bersama-sama sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat di Putrajaya apabila ia diraikan dengan disertai oleh Ahli Parlimennya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan isteri, Datin Seri Anggriani Sentiyaki namun kali ini ia berbeza kerana dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya Presint 9. Dalam majlis tersebut, Datuk Seri Tengku Adnan telah menyampaikan penghargaannya kepada anggota keselamatan yang sentiasa bertungkus-lumus memastikan kesejahteraan dan keamanan di sekitar Putrajaya dan menjalinkan ikatan akrab dengan kerajaan dan para penduduk tempatan. Turut serta dalam majlis tersebut ialah ACP Abdul Razak Majid.