Berita

Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Bunga Tulip

PUTRAJAYA – Tanggungjawab sebagai anggota UMNO direalisasikan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Bunga Tulip yang berlangsung lancar di Dewan Komuniti Tingkat 6, Blok D, Fasa 4C, Presint 8 pada 10 September 2013 (Selasa). Ahli-ahli cawangan terbabit menunjukkan kesepakatan dan kesatuan dalam usaha untuk terus memperkukuh UMNO sebagai sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara.