Berita

Persidangan UMNO Cawangan Bunga Tanjung 2013

PUTRAJAYA – UMNO Cawangan Bunga Tanjung telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ahli UMNO dengan semangat tinggi bagi memastikan parti tersebut kekal sebagai teraju kepimpinan untuk agama, bangsa dan negara dengan direalisasikan melalui Persidangan UMNO Cawangan Bunga Tanjung. Persidangan tersebut telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Kejiranan, Presint 16 pada 14 September 2013 (Sabtu).