Berita

Walimatul Urus Sharifah Mashitah dan Syed Mohd

PUTRAJAYA – Kesibukan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak menghalang beliau untuk bersama-sama memeriahkan majlis perkahwinan pengundi tempatan, Sharifah Mashitah dan Syed Mohd Nor yang diadakan di Dewan Serbaguna Presint 9, Putrajaya, pada 16 Sept. 2013 (Ahad). Turut serta bersama beliau ialah isterinya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.

Semoga dengan termetrainya ikatan perkahwinan, kedua-dua mempelai akan sentiasa diberkati dan diredhai Allah S.W.T serta dikurniakan zuriat yang soleh dan berkekalan hingga ke akhir hayat.