Rencana

Raikan Hari Lahir Warga Putrajaya

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama Isteri Datin Seri Anggriani Sentiyaki telah meraikan sambutan Hari Lahir pengundi Presint 8 dan Presint 18 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Menara Seri Wilayah, Kementerian Wilayah Persekutuan.

Dalam majlis tersebut beliau turut menyampaikan sumbangan pinggan mangkuk dan barang-barang untuk kegunaan cawangan-cawangan di Putrajaya.