Berita

Tengku Adnan Hargai Kepercayaan, Terus Terajui UMNO Bahagian Putrajaya

PUTRAJAYA – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya berjaya mengekalkan jawatan beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian Putrajaya tanpa ada sebarang pertandingan. Pendaftaran calon bagi pemilihan UMNO 2013 telah berlangsung Sabtu, 21 Sept. 2013 dengan jawatankuasa UMNO bahagian dan sayap pergerakan UMNO Putrajaya menghantar borang pencalonan masing-masing ke PWTC iaitu lokasi untuk Pejabat Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan diadakan.

Beliau berkata, kepercayaan yang diberikan adalah amanah dan tanggungjawab yang mesti ditunaikan iaitu selaras dengan perjuangan UMNO demi memperkasakan agama, bangsa dan Negara.