Berita

Tahlil Untuk Allahyarham Tan Sri Azizan, Perbezaan Idealogi Tidak Putuskan Silaturrahim

IMG-20130926-WA0019

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Isteri Datin Seri Anggriani Sentiyaki bersama sebahagian ahli UMNO Putrajaya telah adakan Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa buat Mantan Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Razak yang telah meninggal dunia pagi tadi. Majlis ini berlangsung di Cawangan UMNO Bunga Matahari diketuai oleh Imam Besar Masjid Putra Ustaz Abdul Manaf Haji Mat.

Sesungguhnya, warga Putrajaya turut merasai kehilangan seorang tokoh politik yang berwibawa walaupun berbeza ideologi tetapi sebagai umat Islam kita harus mengenepikan kepentingan individu dan sentiasa mendoakan sesama ummat. Semoga roh Allahyarham Tan Sri Azizan ditempatkan kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah

IMG-20130926-WA0023