Berita

Pakaian Seragam Perlihatkan Kesatuan Dalam Persidangan

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menyampaikan pakaian seragam kepada perwakilan cawangan dan Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Putrajaya sebagai persediaan bagi menjayakan mesyuarat bahagian terbabit.

Persidangan peringkat bahagian akan berlangsung serentak dengan pemilihan parti yang dijadualkan pada 19 Oktober sementara 12 Oktober adalah untuk persidangan sayap. Dalam ucapannya, beliau menyeru agar tiap-tiap ahli UMNO menghayati perjuangan UMNO dan Perlembagaan parti kerana UMNO bukan menjanjjikan kekayaan, bukan menjanjikan jawatan, bukan menjanjikan kemewahan, kontrak atau apa sahaja yang tergambar dalam fikiran segelintir pihak.

Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Serbaguna Kementerian Wilayah pada 27 Sept lalu.