Berita

Simulasi Pemilihan UMNO Pastikan Persidangan Berlangsung Lancar

PUTRAJAYA – Wakil daripada UMNO Putrajaya turut serta dalam proses simulasi pemilihan UMNO yang diadakan di Institut Latihan Memperkasa UMNO (ILMU), di Janda Baik yang berkampung selama tiga hari bermula 27 – 29 September 2013 dengan matlamat untuk memastikan amanah parti dapat dilunaskan dengan lancar.

Turut serta meninjau dan mengikuti simulasi terbabit ialah Ketua UMNO Bahagaian Putrajaya merangkap Ahli Parlimen tempatan dan Menteri Wilayah Persekutuan yang turut melahirkan keyakinan bahawa perjalanan persidangan UMNO di Putrajaya berlangsung dengan baik.

“Walaupun ini adalah langkah baru kepada UMNO tetapi kita yakin bahawa ia akan berlangsung dengan baik termasuk proses dijalankan dengan tersusun sebagaimana pelbagai persediaan yang dibuat oleh Ibu Pejabat UMNO,”katanya yang juga Setiausaha Agung UMNO.

Beliau percaya dengan persediaan yang dilakukan terancang dan berlangsung lancar yang bermula dari taklimat, kursus, sesi penerangan sehinggalah kepada simulasi maka tentunya pemilihan parti akan terlaksana dengan jayanya.

“Saya berharap semua perwakilan calon yang bertanding akan mematuhi tataetika yang telah ditetapkan dalam parti termasuklah sepanjang berkempen,” ujarnya.