Logo Perbadanan Putrajaya Berwajah Baru
PUTRAJAYA – Transformasi di Perbadanan Putrajaya dimanifestasikan dengan wajah baru logo perbadanan terbabit dengan majlis perasmiannya disempurnakan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YB Senator Datuk Dr. Loga Bala Mohan pada 4 Oktober 2013 (Jumaat). Turut bersama dalam majlis tersebut ialah Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat bersama kakitangan perbadanan terbabit.
• Reka bentuk keseluruhan melambangkan kesuburan alam sekitar yang memayungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, Malaysia.
• Bangunan Perdana Putra (Pejabat Perdana Menteri) melambangkan Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
• Gerbang Kompleks Perbadanan Putrajaya di bahagian tengah melambangkan PPj sebagai gerbang kepada Putrajaya manakala Putrajaya sebagai gerbang kepada negara.
• Lima daun melambangkan 5 Rukun Negara dan 5 Nilai Bersama (shared values) PPj.
• Elemen hijau melambangkan konsep pembangunan Putrajaya sebagai ‘Bandar dalam Taman’ dan juga ‘Bandar Hijau’ (Green City).
• Elemen biru melambangkan Tasik Putrajaya yang merupakan badan air (water body) kepada Putrajaya.
• Kombinasi Bangunan Perdana Putra dan Gerbang Kompleks Perbadanan Putrajaya melambangkan reka bentuk senibina Putrajaya yang berkonsepkan tradisional, islamik dan moden.
You must be logged in to post a comment.