Berita

Meriahkan Hari Bersejarah Warga Putrajaya

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah bersama-sama memeriahkan majlis perkahwinan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Dahlia iaitu En. Muzammil dan pasangannya. Majlis tersebut telah diadakan pada 6 Oktober 2013 (Ahad) di Kancung Darat, Banting Selangor. Turut bersama dalam majlis tersebut ialah isteri beliau, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki. Semoga dengan ikatan yang termetrai pasangan mempelai tersebut dikurniakan kesejahteraan dan bahagia hingga ke akhir hayat.